Monday, August 30, 2010

Jiwa patriotik lambang semangat sejak SITC hingga ke UPSI

Assalamualaikum, dan
Salam Sejahtera,
Padang yang luas di hadapan pejabat saya (Bangunan canselori) hijau dan begitu indah mata memandang. Inilah Padang bersejarah dan menjadi warisan kita hari ini. Inilah Padang SITC yang telah menyaksikan betapa semangat nasional dan patriot berkobar-kobar dalam jiwa setiap daripada pelajar dan guru-gurunya. Semangat untuk mencapai kemerdekaan pada masa itu menunjang teguh seumpama Banjaran Titiwangsa. Kini kita telah merdeka selama 53 tahun. Padanag SITC menjadi Padang UPSI. Semangat kemerdekaan sudah tidak seteguh seperti dahulu. Malah ia semakin hambar dan sepi. Rasa kasih sayang terhadap negara dan tanahair semakin tidak bermaya. Di kalangan staf dan pensyarah-pensyarah terutamanya, semangat itu jarang dizahirkan. Malah aktiviti sambutan kemerdekaan oleh pelajar-pelajar juga jarang diambil peduli. Para profesor pun tidak menunjukkan teladan kepada pelajar-pelajar bahawa Hari Kemerdekaan adalah hari untuk melahirkan rasa cinta kita kepada negara. Berapa ramaikah di antara kita yang sedia untuk menghadiri Perhimpunan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 di Stadium Indra Mulia Ipoh untuk menunjukkan bahawa semangat kita di UPSI masih teguh seperti di zaman SITC dahulu. Hari itu diberi cuti umum untuk kita menyertai sambutan-sambutan kemerdekaan yang diadakan. Apakah yang sangat kita pentingkan?
Sedalam manakah cita kita kepada tanah air ini?
Marilah kita bermuhasabah diri.
Jika tidak kita, siapa lagi yang akan menyemarakkan semangat kemerdekaan di bumi bertuah ini!
Sekadar untuk renungan semua.
Selamatlah Negara Ku Yang Ku Cintai.
Salam Merdeka.

No comments:

Post a Comment